Monday, 6 January 2025

10 g Gold Bar

 

  


Apa beza emas dengan duit...?

Bagi yang baru nak bermula, tabungan emas ibarat pengalaman baru, rasa seronok dan ketagih, tak macam simpan duit asyik teringat jumlah dan rasa nak berbelanja.

Emas pula, makin banyak makin rasa nak tambah tabungan, ianya boleh menjadi satu hobi yang menguntungkan. Untuk pupuk tabiat menabung emas secara konsisten, gunakan formula 1gram 1bulan. Ini beberapa strategi yang berkesan untuk anda simpan 1 gram 1 bulan;

1) LETAKKAN MATLAMAT SIMPAN EMAS 1 GRAM 1 BULAN

- Boleh jadikan sebagai forgotten saving iaitu simpanan untuk dilupakan. Duit simpanan lain boleh simpan di tempat lain seperti Tabung Haji atau ASB.

2) SETIAP KALI DAPAT GAJI, TERUS BELI 1 GRAM EMAS

- Jangan tunggu duit lebih baharu hendak menyimpan. Sampai bila-bila pun memang tidak akan ada duit lebihan. Disiplin menyimpan yang betul ialah "simpan dahulu belanja selebihnya". Bukan "belanja dahulu simpan selebihnya".

3) JANGAN TUNGGU HARGA TERBAIK

- Risiko bila tunggu harga terbaik untuk menyimpan selalunya duit tersebut akan mudah bocor. Duit habis, emas pula yang tak dapat.

4) BELI EMAS MELALUI AKAUN EMAS GAP

- Satu tips buat anda yang baru nak bermula, tips murah untuk kumpul 1 gram adalah melalui Akaun GAP dengan bajet minimum RM100 sahaja sudah boleh menabung. Tiada caj simpanan dan pendaftaran pun percuma.

5) FIZIKALKAN EMAS DAN SIMPAN DALAM DOMPET

- Bila dah cukup 1gram goldbar dalam akaun, terus fizikalkan emas dan simpan dalam dompet untuk anda rasai sendiri aura pegang emas di tangan. Emas itu boleh mempengaruhi minda separa sedar supaya kumpul lebih banyak lagi kepingan emas.

Walaupun kecil, kuasa 1gram 1bulan telah berjaya menjadikan ramai penyimpan emas yang berdisiplin dalam kewangan.

Nak mula menabung emas dengan ilmu? Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian G100, dibawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh hubungi saya di sini.

KHAS UNTUK 7 CUSTOMER YANG BARU,
Saya akan bagi hadiah E-Book emas percuma.
Klik link di bawah,
Simpan emas dengan ilmu. Ayuh!
"Beli emas hari ini, it'll save you tomorrow".
Sayuti Arshad - Dealer Public Gold

#PublicGold

#PGG100Network







ARAFAH

  HAJIKU - SAAT ALLAH MEMELUK ERAT, AIR MATA DUKA TERLERAI  Dengan jari yang sedikit menggigil, aku membuka aplikasi itu. Dan di sana—terpam...