28 July 2016.. mula berjinak jinak dengan blog. Tiba tiba terasa nak berkongsi koleksi puisi yang terpendam sejak sekian lama.
TANGISAN MENTARI MALAM
Kewujudan malam yang mengasyikkan
menyusuli kehidupan penghuni bumi
yang lupa pada hakiki alam.
Angkuh pada pendapat sendiri
memuja kehadiran bulan
disetiap kewujudan malam.
Malam yang membawa tangisan kepada mentari
yang akur pada perintah alam
dengan kewibawaan, segala sikap dan sifat.
Mentari menghilang menyahut malam
namun.. ia terus bersinar.
Sinaran yang memberi keangkuhan kepada rambulan
kerana terhidu pujian makhluk bumi
lalu menjatuhkan isyarat perasaan.
Mentari menangis menyesali kejadian alam
sehening-heningnya mengumpul kemahiran
yang termaktub secara semulajadi.
Namun...
dalam episod itu
mentari masih setia menampilkan diri
di ufuk Timur setiap pagi
menerangi bumi.
Penuh kesabaran.

No comments:
Post a Comment