Pagimu cerah menyambut ketibaanku
Segalanya jernih dan mempesonakan
Aku menari mengikut bayumu
Lalu terlena di bawah rentakmu.
Segalanya jernih dan mempesonakan
Aku menari mengikut bayumu
Lalu terlena di bawah rentakmu.
Cameron Highland...
Tentunya kau banyak menyimpan ceritaku
Cerita suka duka, pahit manis...
Kau yang dulu dan sekarang
Setia menantiku
Untuk melepas rasa rindu.
Senja yang hening pasti menyayukan
Muram malammu menitiskan air mataku
Tapi kau tentu mahu menyimpan kenangan itu.
Tentunya kau banyak menyimpan ceritaku
Cerita suka duka, pahit manis...
Kau yang dulu dan sekarang
Setia menantiku
Untuk melepas rasa rindu.
Senja yang hening pasti menyayukan
Muram malammu menitiskan air mataku
Tapi kau tentu mahu menyimpan kenangan itu.
Cameron Highland..
Berjanjilah kau akan menyimpan rahsia
Yang pernah kita kongsi bersama..
Berjanjilah kau akan menyimpan rahsia
Yang pernah kita kongsi bersama..


