Aku mengatur langkah perlahan
di dalam hujan
mengenang mu
mengundang pilu
dalam kesendirian ini
berbicara dengan ilusi
silih berganti
tidak sanggup lagi
menunggu hujan berhenti.
Rindu pun berjuraian
cinta berserakan
bersama titis hujan
membasah sekujur tubuh
berjalan dalam diri yang kosong
dan kontang
aku tidak kejam
bila aku membunuh mu dalam diam
yang panjang.
Aku tidak kejam
bila aku mula melupakan
segala kenangan
meracuni hijau permaidani
perlahan merona warna pelangi
selepas hujan berhenti.
Biarkan kau kata aku kejam
aku tidak kejam
aku cuma ingin berjalan sendirian
di dalam hujan
dan cuba untuk melupakan
kenangan silam.


No comments:
Post a Comment