Tuesday, 26 July 2022

UNTUK WANITA ISTIMEWA

Beberepa langkah menuju subuh
ketukan-ketukan cemas
membawa sunyi lari ketakutan.
   Kau datang
   menelusuri hitamnya malam
   "Kerana inilah risiko cinta" katamu.
Kita merasmikan tanpa saksi
tanggungjawab kita bermula
aku mengangkat sumpah setia
kau menjanjikan kebahagiaan.
   Upacara selesai
   aku pergi meninggalkan mu
   dengan tugas-tugasmu.
"Peganglah impian itu untuk kita"
aku mengangguk, kau tersenyum melambai
dua puluh jari meliuk-liuk
rebah menangis.
Perjalananku diteruskan
menembusi awan yang menyimpan jutarasa
kau memandang sampai hilang
aku melihat lengang
    Di rumah
    impianmu ku urai
    mengalir tanpa henti-hentinya
    harapanmu banyak sekali
    kita di tengah-tengah
360 darjah aku berpusing
kanan, kiri, bawah, atas, belakang, depan
masih kelam.
   Aku masih berdiri segagah mungkin
   walau tanpa tenaga
   kerana keyakinan 
   ada pada pedang hatiku
   yang kau asah siang malam
   sebelum aku berlepas meninggalkanmu.
Nah... !
ambillah mawar untukmu milikku
wanitaku satu.































Sunday, 24 July 2022

OMBAK DI HATI

Siapa yang pernah
Mengkaji dan mempelajari
Ombak di hati... 
jadi gelombang, berhempas pulas
di pantai kemahuan yang tohor
lalu perahu hanyut
teroleng menuju pelabuhan iman
tertunda oleh benteng was-was.
Mujur ada kompas taqwa
memandu ke pelantaran hakiki
dan berehat sebentar
di dulang lafaz
sebelum diedar
ke kawasan kehidupan.












SEHABIS PERTEMPURAN

Semasa pertempuran 
Kau diam menadah tubuhmu
Ke langit bingar.
Kau bertahan kesejukan
Sambil merasa girimis
Hujan jatu
Menimpa tubuh lukamu.

Kau diam menepis petir mengkilati
Pohon-pohon di bumimu
Kau bertahan,
Bertahan dengan teguh
Sianghari yang selalu
Menjelma esoknya.














ARAFAH

  HAJIKU - SAAT ALLAH MEMELUK ERAT, AIR MATA DUKA TERLERAI  Dengan jari yang sedikit menggigil, aku membuka aplikasi itu. Dan di sana—terpam...