ketukan-ketukan cemas
membawa sunyi lari ketakutan.
Kau datang
menelusuri hitamnya malam
"Kerana inilah risiko cinta" katamu.
Kita merasmikan tanpa saksi
tanggungjawab kita bermula
aku mengangkat sumpah setia
kau menjanjikan kebahagiaan.
Upacara selesai
aku pergi meninggalkan mu
dengan tugas-tugasmu.
"Peganglah impian itu untuk kita"
aku mengangguk, kau tersenyum melambai
dua puluh jari meliuk-liuk
rebah menangis.
Perjalananku diteruskan
menembusi awan yang menyimpan jutarasa
kau memandang sampai hilang
aku melihat lengang
Di rumah
impianmu ku urai
mengalir tanpa henti-hentinya
harapanmu banyak sekali
kita di tengah-tengah
360 darjah aku berpusing
kanan, kiri, bawah, atas, belakang, depan
masih kelam.
Aku masih berdiri segagah mungkin
walau tanpa tenaga
kerana keyakinan
ada pada pedang hatiku
yang kau asah siang malam
sebelum aku berlepas meninggalkanmu.
Nah... !
ambillah mawar untukmu milikku
wanitaku satu.


No comments:
Post a Comment