Alhamdulillah…
Sijil ini hanyalah lambang, bukan itu yang dicari. Tapi redha Allah SWT… itulah yang paling dicarikan
Perjalanan Haji bermula 8 Zulhijjah. Bermalam di Arafah. Wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah. Bergerak ke Muzdaliffah dan terus ke Mina.
Melontar jamrah dan bermabit di Mina selama 3 malam. Alhamdulillah... Segala pujian kepada Allah kerana mempermudahkan kerja haji. Sangat bersyukur kerana dapat menyelesaikan kerja haji tanpa sebarang masalah.
Di sebalik segala kelemahan, Allah tetap beri ruang untuk sempurnakan ibadah ini. Kita ni penuh dosa, tapi Dia tetap sudi jemput jadi tetamu-Nya. Sedangkan manusia pun belum tentu sudi buka pintu kalau kita pernah buat silap.
Tapi Allah… Dia tak pernah menolak hamba-Nya yang datang dengan harapan.
Terima kasih ya Allah. Sungguh Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

No comments:
Post a Comment