Katakanlah bahawa aku
sudah tidak punya waktu lagi
untuk memikir dan
membicarakan persoalan
yang tidak bisa terungkai lagi
dan mungkin kian kusut kini.
Dan katakanlah jua
bahawa pertemtangan hajat
takkan bisa mengukir hasrat
pada suatu gemersik angin damai
kerana senyum sinis hanya persis
lewat sebuah tanda tanya baru.
Sedang bulan berwajah pucat
dan bintang tersipu malu
insan sepertiku terharu
dinihari masih gelap
dan panjang.


No comments:
Post a Comment