telah terbakar di awal musim
kita pun memulakan
suatu perjalan jauh
dari tahun ke tahun
mengheret hasrat yang meruntun.
Neraca yang mengimbangi kita
memang sejak mula terpintal
kerana alasan bukan pembohongan
dan pertanyaan masih tersimpan
tanpa kepastian hakiki.
Kitalah putik terapung
menghanyutkan waktu manis
yang indah dalam impian
resah dalam ingatan
namun kasih sayang kita
tetap kekal selamanya.

No comments:
Post a Comment